So kali ni aku nak sambung cerita pasal trip ke pulau pangkor untuk hari kedua pula.
DAY 2
Lepas solat Subuh je, masing-masing bersiap sebab pagi ni kitaorang akan pergi SNORKELING! For the first time ni nak pergi snorkeling. Jangan risau eventhough korang tak reti berenang pun boleh je nak snorkeling. Aku pun tak gheti berenang wehhhhh.
Before snorkeling, harus laa breakfast dulu ye untuk alas perut. Nanti time tengah snorkeling tetiba lapar, tak syok laa kan. Boost energy dulu okay :)
Yana excited sangat nak snorkeling sampai senyum tutup mata :p
Semua muka happy nak gy snorkeling :)
Family photo dulu before snorkeling kahkah. Ni sementara tunggu boat kami sampai. Jangan lupa bawa roti untuk bagi ikan makan time snorkeling nanti! And kalau boleh bawa satu beg je, senang nak jaga. Bawa barang-barang penting je.
Omey je teddy bear pun nak pakai life jacket jugaaa
Kitaorang pun nak join teddy bear juga! Omey tak kami semua? Hahahaha
Ni gambar dari google image. Sebab syok sangat nak snorkeling sampai lupa nak ambil gambar tempat yee hehe btw ni dekat Pulau Giam. Batu-batu kat sini tajam T_T Half of us termasuk aku luka kat kaki and lutut disebabkan batu-batu kat sini. Memang sakit ye kalau luka sebab campur dengan air laut yang masin tuh lagi. So, tipsnya pakai laa socks or kasut getah. Takde laa nanti luka macam kitaorang.
Haaa nak ingatkan juga peralatan snorkeling tuh jaga elok-elok. Kalau hilang kena bayar.
Gambar dalam air cehhh nak jugaaa, wajib okay haha masa kitaorang pergi tuh air tak berapa nak clear sebab time kitaorang pergi tuh awal pagi and matahari tak terpacak atas kepala lagi. Ikan ada but sebab air tak clear so tak nampak sangat. I is sedih T_T. But it was a great experience. Dapat belajar cara nak snorkeling :)
Ni gambar gamat and timun laut. Tak, bukan kitaorang yang tangkap tapi Abang Sham. Abang Sham ni macam lifeguard kat situ haha btw Abang Sham ni ada promote hari tuh kat kitaorang jungle trekking for 2 hours and only cost RM 130 (but boleh kurang lagi sebenarnya) tapi kitaorang tak pergi sebab masing-masing tak bawa sport shoes T_T
Ni gambar lepas kaki sendiri dah injured. Sakit gila wehh dua-dua tapak kaki aku luka sampai terbelah nampak daging T_T So aku mampu duduk and snap gambar pemandangan je laa. Kalau korang rajin dari Pulau Giam ni korang boleh junggle trekking pergi pantai kat pulau sebelah, tak jauh pun, ambil masa dalam 5 minit je. Pantai kat situ takde batu-batu macam kat Pulau Giam ni. Bolehlah korang berenang dengan tenang.
After snokerling, kitaorang gi Island Hoping pula. Actually snokerling kat sini tak kisah berapa lama korang nak. Depends on korang then bila dah puas snokerling korang boleh call abang boat suruh ambil korang.
Ni je yang sempat aku snap time Island Hoping sebab aku banyak ambil video. Island Hoping Pulau Pangkor ni kau duduk dalam boat je. Kat certain tempat Island Hoping dia korang boleh stop kat each Island. Lawa kan warna air dia, dah macam kat Maldives dah cewahhhh! Btw kat sini ada satu pantai ni di panggil Coral Beach, time Chinese New Year je air kat situ surut and korang boleh jalan kaki dari Teluk Nipah ke Coral Beach tuh. Yes! Jalan kaki! Sounds interesting kan :D
Dah sampai kat Teluk Nipah. Masa untuk main aktiviti air pula! Omey pula dinding kaler-kaler tuh.
First thing first is banana boat dulu
Semua jatuh macam nangka busuk hahaha banana boat ni kitaorang dapat RM10/person.
Image dari google. Before naik banana boat semua cam takut pastu bila dah naik semua tetiba jadi berani. So nak cabar keberanian kitaorang lagi, kitaorang naik big mable ni. WEHH NI LAGI BEST DARI BANANA BOAT. Kitaorang naik tiga orang je. Satu je tips aku bila naik benda ni, PEGANG KUAT-KUAT! Yang ni kitaorang dapat RM 18/person.
Sebab gambar diri sendiri buruk, so letak gambar kawan hehe mula-mula cuak gak nak naik jetski ni sebab first time kan tapi dah lama-lama best sangat. Siap buat drift lagi. Yang ni kitaorang dapat RM12.50/person. Total sebenar RM100 untuk 30 minit. Kitaorang kongsi 8 orang.
Abaikan muka sunburn kami haha lepas semua dah puas main kat pantai, isi perut pula. Ada pakcik tuh recommend nasi ayam kat sini sedap. Memang sedap pun! Tetiba rasa lapar bila ingat balik hahaha
Lepas makan, gi jalan pantai pula. Ni gambar fefeeling sensorang.
Ni gambar fefeling beramai-ramai kahkah semangat okay gigirls pakai baju sedondon ala-ala boria. Semangat holiday togehter-gether katanyaa boboys sekalian lain kali beli baju sedondon juga okayy!
Kakak berbaju putih ni baik sangat, semalam dia snap kan gambar kitaorang, hari ni pun dia snapkan gambar kitaorang juga, kebetulan jumpa dia lagi hikhik gambar kitaorang yang kat atas tuh pun dia yang ambilkan. Thanks kakak!
Malam tuh kitaorang berBBQ pula. Macam-macam ada such as ketam, udang, ikan, hotdog, nasi goreng and etc. Memang murah and berbaloi sangat dengan harga RM35/person.
Ni boboys and kakak tengah bertungkus-lumus membakar. Gigirls tengah sibuk main werewolf hehe btw BBQ ni korang boleh pilih nak bakar sendiri or telah dibakarkan haa cenggitu. Kitaorang half dah dibakarkan so half lagi kitaorang bakar sendiri. Baru fun bakar sendiri. Lepas dah siap bakar, kitaorang makan sama-sama. Lepas makan, main werewolf. Our favourite game! Haha. Okay that's the end of part 2.
Nak tahu kitaorang Island Tour ke mana? Do continue read part 3 :)
Thank you for reading this entry ! :)