Assalamualaikum and hello everyone!
How are you guys? Hope you guys are awesome like always :)
So, hari ni aku nak cerita pasal trip ke Pulau Pangkor, Perak hari tuh which is pada 3-5 Ogos 2015. Masa aku pergi tuh it was low season, maksudnya tak ramai pelancong time aku pergi tuh. And kedai-kedai pun banyak yang tutup. Pada aku it was good pergi time low season ni sebab tak payah laa nak bersesak-sesak and berebut kedai makan :p The best part is bila korang pergi time low season ni, semua harga barang, makanan, penginapan and etc. DUA KALI GANDA lagi murah drpd kalau pergi time peak season. Di situ dah nampak boleh save budget (hooray!) :D Believe me or not, total cost aku pergi sana 3D2N is less than RM300! Nanti aku summarisekan pasal cost aku kat sana.
Oh ya! It was my very first travel ever as a backpacker. And it was my very very first trip ever with my bestfriends. Benda ni semua pun rancang last minute time kitaorang gather masa raya hari tuh and tak sangka menjadi pula plan ni! And dengan sukarela tanpa dilantik oleh sape-sape, aku dengan rajinnya menawarkan diri untuk mencari dan men-survey accomodations and those packages yang ada kat sana. And I've found the cheapest package in town man! It only cost RM115/person for 3D2N. Wanna know more about it? Okay jom baca entry ni sampai habis! This entry will have 3 parts since it was 3D2N :)
DAY 1
So, first thing first is kita kena laa tahu
serba sedikit tempat yang kita nak tuju tuh.
Ni peta Pulau Pangkor. In case kalau nak
tahu tempat-tempat menarik yang ada kat situ. Hari tuh aku stay kat Teluk
Nipah. Haa pandai-pandai laa korang cari dalam peta tuh.
Kitaorang bertolak dari Klang Sentral ke Lumut. Yup, kitaorang naik bas sebab senang sikit terus sampai ke Lumut. Kitaorang pilih bas Transnasional (sebab tak familiar dgn bas lain). Kalau korang nak naik train pun boleh tapi dia berhenti sampai kat Ipoh je lepas tuh korang kena pandai-pandai cari transport lain untuk pergi ke Lumut. Macam leceh kan?
Tiket ni kitaorang beli 3 hari sebelum hari kitaorang nak pergi (better beli tiket awal-awal sebab kalau beli lambat-lambat nanti takut takde tiket). Beli siap-siap ye tiket pergi dan balik, senang hidup korang nanti. Sebenarnya tiket ni untuk 13 orang tapi dah fold it. Harga tiket bas pergi dan balik semuanya RM 48.00
Ni kat Klang Sentral, breakfast dulu sementara tunggu bas and yang lain sampai. Mak abah pun teman breakfast sekali :) Nampak tak muka-muka excited aku, Amirul and Iwan kahkah. Excited sangat *tangan dibahu mata ke atas* hahaha sebenarnya masing-masing tengah tahan ngantuk tuh, jap lagi dalam bas semua balun tidur :p
Yeyyyy first time nak berbackpack! Im so excited! Haa jangan lupa beli air mineral and makanan ringan siap-siap. Bawa banyak-banyak pun takpe sebab kat pulau pangkor barang dia mahal mahal okay (eventhough low season). So bawalah air mineral dua tiga botol and roti sebab nanti nak bagi ikan makan time snokerling.
My bestfriends since primary and high school :) Kebetulan hari tuh 4 orang pakai warna biru and 4 orang pakai ala-ala warna merah. Unplanned :')
(Image source: Google Image)
Bas yang kitaorang naik. Kitaorang bertolak dari Klang Sentral pukul 09.30 pagi and sampai Stesen Bas Lumut dalam pukul 1.00 petang. So, dari Klang ke Lumut ambil masa lebih kurang 4 jam. Bila dah sampai Stesen Bas Lumut tuh, korang boleh jalan kaki je nak pergi Jeti Lumut. Jarak stesen bas Lumut dengan jeti Lumut tuh lebih kurang 100m je. Dekat je. Tapi disebabkan 4 jam dalam bas, so kitaorang semua decide pergi makan dulu sebab masing-masing pun dah lapar. Otw nak ke jeti Lumut tuh ada banyak kedai-kedai makan nasi campur, haaa korang boleh makan dulu kat situ. Lepas masing-masing dah kenyang, baru kitaorang gerak ke jeti Pangkor.
Ni Jeti Lumut. Tak silap aku, ada lagi satu jeti which is Jeti
Marina. Tapi kitaorang naik feri dari jeti sini. Tiket feri dah include sekali
dalam pakej tuh. So, berlenggang je laa jalan, then pergi kat kaunter and ambil
tiket feri. Oh btw nanti kat sini akan ada orang offer korang macam-macam
pakej, korang senyum je laa k kalau korang dah ada pakej. Better kalau nak
datang sini, dah siap-siap beli pakej yang korang nak sebab biasanya pakej yang
dorang offer tuh mahal-mahal. Tiket feri tuh simpan baik-baik taw sebab nak
guna time balik nanti. Harga tiket feri untuk adult RM10/person
(included in package).
Jadual perjalanan feri dari Jeti Lumut ke Jeti Pangkor.
Kitaorang naik feri yang warna putih tuh time pergi. Kalau tanak duduk kat dalam, kat atas pun boleh duduk, ada bumbung and tempat duduk. Boleh fefeling titanic gitu haaa kahkah. Nanti dalam feri tuh ada tempat untuk letak barang-barang korang (backpack, luggage, etc.) Perjalanan dari jeti Lumut ke jeti Pangkor ambil masa lebih kurang 30 minit. *abg spek mata tuh cover muka bajet bajet comel lettew orang nak amek gmba*
Ni dah sampai kat jeti pangkor. Bila korang sampai tuh, korang jangan terkejut kalau nampak banyak van pink kat sini, comel gittewww. Van pink ni teksi sebenarnya. Nanti kat jeti pangkor pun akan ada ramai orang offer macam-macam pakej kat korang, jadi korang sila tepis dengan senyuman ye. Senyuman kan satu bentuk sedekah juga :) Bila dah sampai sana, Encik Zahari dah sedia menunggu kitaorang dengan Hillux kuningnya and sebuah van pink yang macam dalam gambar tuh. Oh ye, Encik Zahari ni ialah orang yang aku deal dengan untuk pakej yang aku ambil tuh. Kitaorang panggil dia uncle. Encik Zahari ni sangat baik and peramah okayyy. Disebabkan maximum 10 orang je boleh muat dalam van, so aku, Amirul and Iwan naik Hillux Encik Zahari.
Ni tempat yang kitaorang akan stay selama 3 hari 2 malam. Encik Zahari owner tempat ni. So, senang sikit bila deal dengan owner ni :)
Encik Zahari tengah bagi briefing pasal pakej yang kitaorang ambil tuh.
Tadaaaa! Ni pakej yang aku ambil hari tuh, kitaorang ambil yang
RM115.00/seorang memandangkan hari kitaorang pergi tuh weekdays. Murah kan!!!!
Lepas tuh kalau korang nak add on apa-apa, nanti boleh deal dengan Encik Zahari
sendiri. Kitaorang just add on BBQ. Aktiviti air aku cerita jap lagi.
Lunch and dinner kita orang cari sendiri mana-mana kedai yang buka. But aku tak
sure sama ada pakej ni still ada lagi ke tak. Korang boleh click kat link bawah
ni untuk survey ye :) So kat sini kalau kira balik harga pakej and BBQ ; RM 115
+ RM 35 = RM 150.
Blogspot Santai Chalet :http://pulaukepulau.blogspot.com/
Ni gambaran kat sana. Pintu hitam tuh bilik perempuan and gambaran bilik dia yang ada katil double decker tuh, yang sebelah tuh bilik laki. Sangat selesa okayy!
Ni aktiviti air yang ada kat sana. Yang gambar pulau-pulau tuh nanti korang akan pergi time Island Hoping. Tapi Island Hoping kat sini just duduk dalam boat je and pergi visit pulau ke pulau. Kat sana aku just sempat main banana boat, big mable and jetski. Best sangat! Harga? err aku tak ingat pula! Sorry! Tapi kalau aku tak silap banana boat (RM 10/seorang) + big mable (RM 18.00/seorang) + jetski (RM 12.50/seorang) = RM40.50. Yang jetski tuh actually dia ikut masa, kitaorang kongsi-kongsi 8 orang main so thats why sorang RM 12.50 :) Kalau korang jenis mulut manis sikit, boleh laa tawar menawar minta kurangkan harga lagi.
Nampak tak tangga tuh, tuh tangga nak ke pantai. Kat sana ada tong/pastik sampah so jangan buang sampah merata-rata. We should keep our island clean okay :)
Memandangkan day 1 is aktiviti bebas so kitaorang jalan-jalan kat pantai je. Im so lucky to see this view with my own eyes :')
Subhanallah, lawa kan langit senja pulau pangkor :)
Gambar mcm ni wajib ye ambil kalau pergi pantai cehh konon konon US ft THE SKY, sorang lagi takde sebab dia tengah ambil gambar ni.
Lepas jalan-jalan kat pantai kitaorang balik dulu, rehat-rehat jap. Then malam tuh kitaorang keluar makan. We were so lucky sbb masa nak keluar pergi pantai petang tuh, kitaorang kena tahan ngn sorang pakcik ni. Ingat dia nak apa. Rupa-rupanya dia ajak kitaorang makan kat kedai dia. So malam tuh kitaorang makan kat kedai dia lagipun dah malas and penat nak survey kedai lain, if im not mistaken nama kedai dia RN 10 or RM 10, tak ingat. But as for me, sangat murah, ada ikan bakar, ikan tiga rasa, sotong tempura, air oren, sayur, tomyam and nasi and the total makan semua is RM120. Memandangkan kitaorang 12 orang je yang makan so sorang bayar RM10 je. Lagi sorang nak makan lain. Lepas makan tuh kitaorang lepak jap and main Werewolf, best gila! Time-time bercuti macam ni laa jangan jadi anti-social! Bercuti untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain, tak gittewww.
Tudung senget tuh tak tahu nak pergi mana haha okay that's all for now. End of part 1. Do continue read part 2 :)
Thanks for reading this entry peeps! :)
No comments:
Post a Comment